Saturday, 19 July 2014

PROJEK MEMIKAT PEMBELI

Untuk tajuk Pelan Dan Dongakan, pelajar telah merancang p & p mereka sendiri. Saya telah membenarkan pelajar yang merancang lesson saya. Saya hanya sebagai fasilitator. Sejujurnya saya berasa kagum dengan pelajar kelas ini ( 5 Sains 2014 ) kerana kesungguhan mereka turun pada cuti sekolah untuk menyiapkan projek rumah mereka. 3 kumpulan bertanding untuk menjual produk rumah mereka, 3 orang dilantik sebagai hakim tetap, 2 orang menjadi MC dan pelajar lain sebagai juri awam. Mereka mengadaptasi program MAHARAJA LAWAK MEGA dalam p & p pada hari tersebut dan dikenali sebagai PROJEK MEMIKAT PEMBELI ( ambil tajuk cerita PROJEK MEMIKAT SUAMI ). Percayalah, sekiranya kita memberi ruang dan peluang kepada pelajar kita untuk berkongsi idea mereka dalam p & p kita mereka akan rasa dihargai dan terlibat bersama dalam lesson kita. Mereka akan lebih bertanggungjawab dalam apa jua yang mereka lakukan. INILAH DINAMAKAN STUDENT CENTRED LEARNING.
Ahli kumpulan The Powe Puff Girls yang
telah berjaya memikat hati pembeli.
( Tempat pertama )








PERANAN AT MEMBIMBING GURU BARU

Pn Kamsa Izura  merupakan mentee saya  (guru baru di sekolah saya).Saya berperanan membimbing dia mengajar
menggunakan kaedah berpusatkan pelajar. Seorang guru yang baik dan lemah lembut. Senyuman sentiasa terukir diwajahnya. Sentiasa bertanya bagaimana hendak menggunakan kaedah berpusatkan pelajar dalam p & p. Masih teringat kata - kata dia, kak mas saya mesti belajar cepat - cepat sebelum saya cuti bersalin dalam bulan Ogos nanti. ALLAH ITU MAHA ADIL. Dia sempat dicerap untuk pertama kali pada bulan Mac yang lalu dan melepasi band yang telah ditetapkan iaitu band 3. Kalau dia dapat band 1 & 2 maka dia kena dicerap oleh saya setiap minggu. ( ITULAH TUGAS KAMI SEBAGAI ADVISORY TEACHER SEKOLAH AMANAH- membimbing rakan guru yang belum menguasai kaedah p & p berpusatkan pelajar ).  Dia telah dimasukkan ke ICU dan selamat melakukan pembedahan. Sekarang dia sudah berpindah ke Semenanjung dan sedang menunggu kelahiran anak kedua. Saya doakan semoga dia sentiasa sihat dan selamat melahirkan anak yang kedua. Sesungguhnya saya berasa kehilangannya dan rindu akan senyumannya. Seorang yang suka bertanya dan mahu mencuba sesuatu yang baru. Semangat dia menjadi inspirasi saya untuk sentiasa memperbaiki kelemahan diri sendiri.  
Saya sedang mencerap Pn Kamsa kali pertama di kelas 3C 2014.

Penggunaan graphic organizer dalam P & P.

Pn Kamsa memberikan penerangan kepada pelajar yang memerlukan.

Hasil kerja pelajar ditampal di papan notis
dan rakan pelajar boleh memberi penilaian
@ komen membina pada hasil kerja
 rakan mereka ( peer assessment )

Saturday, 12 July 2014

MODEL LESSON KEPADA SISC PADAWAN DAN KUCHING

Pada 7 Julai 2014 ( Isnin ) sekolah kami telah dilawat oleh pihak SISC dari Kuching, Padawan, Kota Samarahan dan Sarikei untuk subjek BM, BI dan Math. Saya bersama pelajar dari kelas 5 Sains telah model lesson kepada mereka untuk tajuk Statistik.
* Terima kasih kepada Cikgu Susan, Cikgu Marlini dan Cikgu Chong atas pujian dan teguran yang berguna kepada saya untuk memperbaiki lagi p&p saya dan memantapkan lagi konsep dalam matematik. Ha...ha... supaya saya tidak ajaran sesat kepada pelajar saya.
* Untuk perkongsian - kelemahan saya sendiri. ( Supaya cikgu math lain tidak membuat kesalahan seperti saya ). Pada hari tersebut saya meminta pelajar melukis histogram, poligon kekerapan dan ogif berdasarkan data yang diperolehi ketika aktiviti dijalankan ( berkaitan 8 negara yang layak ke separuh akhir World Cup yang sedang berlangsung di Brazil ). Jadi saya menggunakan nama negara sebagai paksi - x. Jadi dalam konsep statistik paksi - x mestilah dilabelkan menggunakan nombor seperti sempadan atas, selang kelas atau titik tengah tidak boleh dilabelkan negara. Saya ingatkan tindakan saya betul melabel paksi - x dengan nama negara asalkan mereka tahu apa skala pada paksi - y dan tahu memplot titik dan melukis histogram, poligon kekerapan dan ogif. Terima kasih Cikgu Susan atas teguran tersebut kalau tak saya mengajar ajaran sesat pada pelajar saya..ha...ha...
Terima kasih yang tidak terhingga cikgu ucapkan  kepada semua pelajar 5 Sains 2014 kerana memberi kerjasama yang baik dan sentiasa berkongsi idea dengan cikgu untuk menjayakan STUDENT CENTRED LEARNING. Begitu jugak kepada semua pelajar cikgu yang cikgu ajar dari 2012 hinggalah sekarang kerana sentiasa memberi kerjasama yang baik kepada cikgu untuk menjayakan STUDENT CENTRED LEARNING. " TANPA KAMU SEMUA INSAN BERGELAR PELAJAR SIAPALAH KAMI INSAN YANG BERNAMA GURU ". TERIMA KASIH SEMUA....
Starter - Menggunakan Number Head Together pelajar bergilir - gilir menjawab soalan diberi
 ( menggunakan i - thinks tools - bubble maps )



Aktiviti 1 - Pelajar meletakkan nama negara pada bendera yang tepat.
 ( HOMS -  Striving For Accuracy )

Mr Ong ( Ketua bidang Sains  & Mat memberi penerangan kepada pihak SISC )
berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan.

Aktiviti 3 - Teknik penyoalan di kalangan pelajar
berkaitan dengan isu semasa dan kaitan dengan
kehidupan seharian  pelajar.

Plenary - Pelajar menjawab menggunakan I - Pad ( mini white board )
 untuk game board powerpoint

Parking Lot - pelajar memberi komen tentang P&P pada hari tersebut
 ( feedback ini penting untuk saya memperbaiki lagi kelemahan saya pada masa akan datang )

PENGALAMANKU BERGELAR SEORANG GURU DI SMK SERI SETIA

Saya mendapat Diploma Pendidikan dari Kolej swasta ( jumlah yuran RM 7 500 ). Saya sudah minta maktab perguruan sebanyak 2 kali tapi tidak ada rezeki di sana. Saya belajar semasa cuti sekolah. Syukur rezeki saya tidak putus selama saya sambung belajar saya menjadi guru sandaran tidak terlatih di sekolah saya sekarang ( dari 2000 - 2003 ) kalau tak mana saya nak cari duit untuk bayar yuran pengajian. Terima kasih banyak - banyak kepada pihak sekolah. Saya dan rakan - rakan banyak didedahkan pada teori pembelajaran. Bila graduate jadilah saya guru yang mengajar pelajar dengan kaedah berpusatkan guru.
 ( guru bercakap dengan papan hitam - ha..ha.. istilah saya dan rakan saya semasa bergelar pelajar ). Cukuplah explain contoh dalam buku dan beberapa contoh dari buku kerja lepas tu pelajar buat latihan berkaitan dengan tajuk dan saya akan pergi meja ke meja menghulurkan bantuan kepada pelajar yang memerlukan pertolongan - giliran saya pulak bercakap dengan papan hitam).
Pada tahun 2010 sekolah kami berminat untuk menyertai TRUST SCHOOL PROGRAMME dan sesi pemilihan pun berlangsung. Akhirnya sekolah kami terpilih menjadi sekolah perintis menyertai TRUST SCHOOL PROGRAMME bersama 4 buah sekolah lain untuk zon Sarawak iaitu SK Tabuan, SK Empila, SK Combined dan SM Sains Kuching. ( dr 2011 - 2015 ). Kami dibimbing oleh Teacher Learning Advisor(TLA )  iaitu Mdm Angela, Mr Karl dan Mr Andrew Watson dengan memberi CPD kepada kami apa itu"learning objective, success criteria, physical and emotional environment, cooperative learning, collaborative learning, peer and self assessment, differentiation, questioning technique and feedback". Tahun 2011 hanya melibatkan 18 guru dipilih sebagai Pioneer Teacher saya tak terpilih. Kalau nampak mereka saya mengelak coz saya tak fasih berbahasa inggeris. hi...hi..( berbelit rasa lidah bila nak berbicara.....).
Pada tahun 2012 semua guru diobserve oleh TLA. Saya dapat idea daripada anak saya bagaimana nak membuat p&p berpusatkan murid ( sebab dia bersekolah di SK Tabuan - Sekolah Amanah jugak ). Kami diberi markah dan feedback oleh mereka bersama pihak SLT sekolah. Saya antara guru yang mendapat markah yang baik dan saya dipujuk oleh mdm Angela untuk menjadi Advisory Teacher ( AT ). Pada mulanya saya menolak sebab takut apa orang kata dan kurang keyakinan diri. Saya bertanya kepada rakan guru serta staf sokongan sekolah serta keluarga saya patut tak saya jadi AT. Saya mengucapkan berbanyak - banyak terima kasih kepada keluarga saya iaitu bapa saya, suami saya serta 2 orang anak saya dan  2 orang sahabat saya ini ( Pn Zubaidah - siap bagi buku motivasi untuk saya baca dan Cikgu Haili memberi nasihat yang bernas kepada saya supaya menerima menjadi AT - sempat dia bergurau dengan saya mana tau nanti awak pula yang akan pergi ke negeri orang putih lihat cara p&p di sana dijalankan ). Selepas saya menerima menjadi AT ramai lagi rakan guru yang memberi sokongan secara langsung dan tidak langsung. Terima kasih semua....
Sejujurnya saya merasa ada kepuasan menjadi guru bila mempraktikkan P & P berpusatkan pelajar. Pelajar tidak lagi duduk diam dan mereka aktif melibatkan diri dalam aktiviti P & P. Yang penting tiada lagi pelajar tidur masa saya  maklumlah subjek math subjek yang dibenci oleh ramai orang. Semua pelajar diberi layanan sama rata tidak peduli mereka pandai @ tidak - kami menggunakan differentiation dan setiap pelajar diberi peranan masing - masing. Bermula tahun lepas saya meminta pelajar yang mengajar di depan ( bagi tajuk dan mereka kena present tajuk tersebut - hanya dilakukan untuk kelas 5 Sains ). Saya bangga dengan mereka malah ada antara mereka  yang dulunya diam dan tidak pernah bercakap kat depan tapi bila buat aktiviti macam ni mereka yang boleh memberi penerangan yang jelas kepada rakan mereka.
Sekiranya ada yang berminat mengetahui bagaimana P & P berpusatkan murid dijalankan sila explore sendiri apa itu learning objective, success criteria, physical and emotional environment, cooperative learning, collaborative learning, peer and self assessment, differentiation, questioning technique and feedback" dan boleh rujuk KAAGAN STRUCTURE FOR COOPERATIVE LEARNING AND COLLABORATIVE LEARNING.
Mdm Angela memantau saya  ketika saya Model Lesson untuk kelas 4A 2014. 

Pelajar 4A 2014 memberi komen pada hasil kerja rakan mereka. ( peer - assessment ).

Pelajar 1H 2014 mengukur jubin menggunakan pita pengukur
* Pelajar 1H merupakan pelajar Student Support Unit ( SSU )- pelajar yang belum menguasai 3M. 

Pelajar 4D 2014 menggunakan mini white board untuk menulis jawapan semasa
bermain game board powerpoint untuk matematik
 ( yang dikenali sebagai I - Pad oleh pelajar )

Saya bersama Pn Kamariah ( Ketua AT ) berbincang bersama Mr Karl pada 2013
* Mr Karl sudah berpindah ke negeri Johor ( mengurus Sekolah Amanah di Johor )

CPD yang wajib dihadiri oleh semua guru 

Gambar kenangan bersama TLA dan semua AT Cohort 1 Mei 2012
bagi zon Sarawak di SK Combined

Tuesday, 8 July 2014

ADVISORY TEACHER PROGRAMME - MODEL LESSON TO KAMSA AZURA FOR SUBJECT SCIENCE ( 1B 2014 )

Advisory teacher ( AT ) berperanan membimbing rakan guru terutamanya guru yang baru berpindah ke Sekolah SMK Seri Setia. Mereka akan didedahkan dengan cara P & P berpusatkan pelajar melalui CPD, PLC dan" coaching and mentoring programme". AT akan mencerap guru tersebut sehingga mereka melepasi rubrik yang telah ditetapkan iaitu sekurang - kurangnya Band 3 dan ke atas.
PENGGUNAAN ICT DALAM P&P
( MEMPERKENALKAN GAME BOARD POWERPOINT KEPADA PELAJAR )

RAKAN GURU TURUT MEMBUAT PEER OBSERVATION
UNTUK MENGENALPASTI KEKUATAN DAN KELEMAHAN P&P GURU

PELAJAR MEMPUNYAI PERANAN MASING - MASING
DALAM MENYIAPKAN LATIHAN DIBERI

GURU MEMBERI PENERANGAN KEPADA KUMPULAN
PELAJAR YANG MEMERLUKAN

GURU MENGGUNAKAN TEKNIK PENYOALAN ( PELAJAR DIMINTA MEMBACA SOALAN YANG TELAH DISEDIAKAN OLEH GURU DAN MENUJUKAN SOALAN TERSEBUT KEPADA RAKAN DARI KUMPULAN LAIN- MELATIH PELAJAR SENTIASA BERTANYA SOALAN JIKA TIDAK FAHAM  TAJUK DIAJAR OLEH GURU DAN PELAJAR LAIN SENTIASA BERSEDIA UNTUK MENJAWAB SOALAN DIBERIKAN).

Monday, 7 July 2014

GRAPHIC ORGANIZER

Di bawah ini disertakan jenis - jenis graphic organizer yang boleh digunakan semasa P&P  untuk menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancang oleh guru. Selamat mencuba.









Sunday, 29 June 2014

Admin-admin yang akan mengendalikan blog ni

Assalamualaikum semua...
Haa, dah berbuka puasa ke? Mesti semua dah...

Okey, Di sini ada info sedikit...

Di dalam blog ni, ada empat admin yang mengendalikan blog ni. Disebabkan cikgu kami tidak mampu untuk mengendalikan blog ni seorang diri, saya sebagai(Admin)Noei dengan sukarelanya akan membantu cikgu Masnah dalam mengendalikan blog ini. Turut ditemani oleh rakan saya, (Admin)Amir dan anak cikgu sendiri (hehehe, tak berapa ingat namanya...) akan mengendalikan blog dari masa ke semasa~

Buat masa ini cuma perancangan yang agak terhad untuk menceriakan blog ini... Namun begitu, kami akan cuba berusaha sedikit demi sedikit untuk memperbaiki blog ni~

Harap maklum...
sekian...

Tuesday, 24 June 2014

WORK-IN-PROGRESS...

Harap Maaf, Blog saya masih dalam pembikinan....

Sila klik [ Next Blog>> ]



Terima Kasih~